Posts

NOTA SEPANJANG KULIAH

 NOTA SEPANJANG KULIAH  KPS 3014 By Group 3 : Janeywielen Majungging D20192091262 Nor Amirah Shazwana Binti Subri D20191088159 Nurul Farhana Binti Sabdani D20192090928 Asmie Binti Jirik@Ibrahim D20192090910 Nurul Syazwana Binti Mat Kassim D20191088155 Afirah Binti Toisin D20192091811 ______________________________________________________________ Blog yang tersenarai dibawah adalah sebagai tambahan bagi pecahan topik bagi subjek KPS 3014 iaitu Pengurusan Pembelajaran. Untuk pengetahuan lebih lanjut, senarai blog ini adalah hasil ciptaan pelajar terdahulu dan orang awam yang dijadikan sebagai rujukan dalam blog kami. Berikut adalah senarai blog mengikut pecahan topik iaitu topik 1 sehingga topik 13. Topik 1 : Mengurus Pembelajaran  -   https://pengurusanbilikdarjah.weebly.com/ Topik 2 : Pengurusan dan Pembelajaran Pelajar -  https://nazahatulaima99.wixsite.com/kps3014 Topik 3 : Organisasi dan Kepimpinan -  http://organisasidankepimpinangp3.blogspot.com/ Topik 4 : Pengurusan Murid -  http

Rumusan Organisasi & Kepimpinan

Image
 Afirah Binti Toisin  D20192091811 Kumpulan 3 _________________________________________________ RUMUSAN -              Organisasi dan kepimpinan saling berkait rapat di antara satu sama lain -            Pentingnya kerjasama di antara pemimpin dan ahli organisasi -            Kepimpinan dan organisasi sangat penting dalam mencapai visi dan misi sesebuah sekolah -          Pemimpin haruslah mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang tinggi agar dapat memimpin sesebuah organisasi dengan baik -            Kemahiran kepimpinan perlu diterapkan ke dalam diri setiap individu sejak kecil          Kesimpulannya, kepimpinan dan organisasi sangat penting terhadap sesebuah sekolah. Hal ini kerana, kepimpinan merupakan satu proses mempengaruhi di mana pemimpin ataupun kumpulan pemimpin mempengaruhi para pengikut untuk mengambil tindakan yang menjurus kepada pengukuhan matlamat pemimpin dan matlamat bersama (Sergiovanni 1989). Manakala, organisasi pula ialah satu unit sosial mengandungi manusia yang beker

Peranan & Fungsi Pemimpin

Image
  NURUL SYAZWANA BT MAT KASSIM  D20191088155  KUMPULAN 3 _________________________________________________________ 💂     Pengurusan sekolah yang baik mempengaruhi kepimpinan yang berkesan dan merupakan satu alternatif terbaik yang boleh diambil. 💂    Ciri-ciri pengurusan sekolah yang berjaya adalah seperti mempunyai kepimpinan pengetua yang dinamik dan berkesan, pengurusan kurikulum yang tersusun, pemantauan ataupun penyeliaan yang baik dan lain-lain lagi 💂    Pemimpin yang baik akan memainkan peranan dan fungsi seperti berikut dalam membawa kecemerlangan kepada sesebuah organisasi.   💂   P eranan dan fungsi pemimpin dalam organisasi di sekolah adalah:     1. Pemimpin menggembleng sumber termasuk sumber manusia kearah hala tuju organisasi P emimpin hendaklah berupaya memandang ke hadapan dan menetapkan wawasan, hala tuju dan strategi jangka pendek dan jangka panjang organisasi setelah mengambil kira berbagai faktor dalaman dan luaran termasuk kelemahan dan kekuatan organisasi bagi

Teori-Teori Kepimpinan

Image
  ASMIE BINTI JIRIK@IBRAHIM  D20192090910  KUMPULAN 3 Umum diketahui bahawa terdapat enam teori-teori dalam kepimpinan seperti yang tertera dalam Rajah 1 di atas. TEORI TRAIT 1.  Thomas Carlyle (1795-1881)      - mengemukakan 'The Great Man Theory' yang menganggap pembangunan di dunia adalah hasil pencapaian orang-orang masyhur di dunia. 2.  Gordon Willard Allport (Nov.11, 1897-Oct.10,1967)      - orang terawal yang mengutarakan Teori Trait Teori ini menyatakan bahawa seorang pemimpin itu memiliki peribadi dan karakter yg berbeza dengan kebanyakan orang sebagai contoh:  seseorang pemimpin mempunyai kelebihan dan dapat menyesuaikan  diri dengan keadaan sekeliling secepatnya 3.  Stogdill (1974)       - Dalam teori Trai perlu ada pada seorang pemimpin :            i.Keupayaan            ii.Pencapaian            iii.Tanggungjawab            iv.Penglibatan            v.Status TEORI TINGKAHLAKU 1.  Douglas McGregor (1960)  Antara teori tingkah laku : Teori X dan Teori Y      - Dua se

Gaya Kepimpinan

Image
Nurul Farhana Binti Sabdani D20192090928 KUMPULAN 3       Menurut, Norani (1997:3) beliau berpendapat bahawa seseorang pemimpin pastinya mempunyai atau mengamalkan gaya kepimpinan tersendiri yang masing-masing bergantung kepada keselesaannya. Gaya kepimpinan yang berbeza akan turut menampilkan tingkah laku yang berbeza bergantung kepada orang-orang yang dipimpinnya. Pengetua atau pemimpin perlulah menjadi pemangkin kearah perubahan atau agen kepada bentuk pimpinan yang baru serta sentiasa bijak merancang organisasi dengan lebih sistematik dan cemerlang. Hal ini adalah bertujuan untuk mendorong pihak pertengahan dan bawahan iaitu staf-staf sekolah dan murid-muridnya dapat membantu merealisasikan visi, misi dan objektif sekolah bersama-sama.  JENIS-JENIS GAYA KEPIMPINAN SEORANG GURU 1. Gaya kepimpinan Autokratik     * Perkataan autokratik atau autokrator membawa maksud memerintah secara sendiri.     * Ketua memiliki kuasa mutlak terutamnya dalam membuat atau menentukan keputusan.     * P

Latar Belakang Sekolah

Image
NOR AMIRAH SHAZWANA BINTI SUBRI D20191088159 KUMPULAN 3 __________________________________________________________ Latar Belakang SK Taman Selasih       Latar belakang projek ini memfokuskan terhadap Sekolah Kebangsaan Taman Selasih yang telah didirikan pada tahun 1988 oleh KPM. Sekolah ini didirikan dengan dua blok bangunan setinggi tiga tingkat. Satu blok A dan satu blok B. Di blok A ada lapan bilik darjah, bilik guru, surau, stor, bilik komputer, rawatan dan bilik kaunseling, bilik muzik serta dua bilik segar guru lelaki dan perempuan, dua tandas murid perempuan dan lelaki. Di blok B ada lapan bilik darjah, bilik PSS, bilik tayang, bilik lukisan, bilik segar lelaki dan bilik kemahiran hidup. Di blok D ada empat bilik darjah bangunan pasang siap. Bangunan ini dibina dan disiapkan untuk beroperasi pada tahun 1993. Selain daripada kemudahan bangunan, sekolah ini juga menyediakan padang permainan, gelanggang bola tampar dan gelanggang serbaguna bagi kemudahan sukan dan permainan.     Se

Pengenalan Organisasi Dan Kepimpinan

Image
JANEYWIELEN MAJUNGGING D20192091262 Kumpulan 3 Pengenalan Secara umumya, kepimpinan merupakan satu tanggungjawab pada diri seorang ketua dalam mengurus sesebuah organisasi atau jabatan. Kepimpinan dapat dilihat dalam keluarga atau pun dalam bidang kerjaya, yang mana seorang ketua organisasi akan mengendali dan mengurus pekerja mereka. Kepimpinan juga berlaku apabila seseorang itu mendorong menggalakkan dan mempengaruhi orang lain untuk berusaha kearah mencapai suatu objektif atau matlamat. Organisasi pula, organisasi ditakrifkan kesatuan (susunan dan sebagainya) yang terdiri daripada bahagian-bahagian, orang dan lain-lain dalam sesuatu pertubuhan, perkumpulan, perbadanan, untuk tujuan-tujuan tertentu seperti kepentingan bersama dan sebagainya. Organisasi yang baik mempunyai orientasi misi dan visi. Oleh itu, sekolah yang berkesan dipimpin oleh pengetua yang cemerlang dan organisasi yang sistematik. Ringkasnya, kepimpinan dan organisasi sangat penting dalam mana-mana sistem pentadbi