Teori-Teori Kepimpinan


 ASMIE BINTI JIRIK@IBRAHIM 

D20192090910 

KUMPULAN 3



Umum diketahui bahawa terdapat enam teori-teori dalam kepimpinan seperti yang tertera dalam Rajah 1 di atas.


TEORI TRAIT

1. Thomas Carlyle (1795-1881)
     - mengemukakan 'The Great Man Theory' yang menganggap pembangunan di dunia adalah hasil pencapaian orang-orang masyhur di dunia.

2. Gordon Willard Allport (Nov.11, 1897-Oct.10,1967)
     - orang terawal yang mengutarakan Teori Trait

Teori ini menyatakan bahawa seorang pemimpin itu memiliki peribadi dan karakter yg berbeza dengan kebanyakan orang sebagai contoh: seseorang pemimpin mempunyai kelebihan dan dapat menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling secepatnya

3. Stogdill (1974) 
     - Dalam teori Trai perlu ada pada seorang pemimpin :
           i.Keupayaan
           ii.Pencapaian
           iii.Tanggungjawab
           iv.Penglibatan
           v.Status

TEORI TINGKAHLAKU


1. Douglas McGregor (1960) 
Antara teori tingkah laku :
  • Teori X dan Teori Y
     - Dua set andaian terhadap manusia 
    - Perbezaan dalam cara seseorang pemimpin beranggapan terhadap orangnya akan 
       menentukan tingkah laku pemimpin terhadap organisasi

Teori X
  • Pemimpin beranggapan orangnya dimotivasikan oleh kemalasan dan mengelak daripada membuat tugasan kecuali dipaksa, tidak akan memberi kerjasama kecuali diarah dan dikawal.
  • Pemimpin bertingkah laku lebih autokratik,bertindak mengarah&mengawal orangnya semasa bekerja.
  • Organisasi tidak mempunyai ruang&peluang untuk orangnya memaksimumkan kebolehan dan potensi mereka.
Teori Y
  • Pemimpin beranggapan orangnya sebagai rajin, melihat sebagai sesuatu perkara yg semuljadi yg akan memupuk kerjasama, bercita-cita tinggi dan mempunyai sikap positif terhadap kerja
  • Seseorang sememangnya mencari dan menginginkan tanggungjawab kerana sifat itu membawa kepada kepuasan dalam diri sendiri.
  • Pemimpin akan mengurangkan kawalan malah mengupayakan mereka (empower) dalam pelaksanaan tugas.

2. Blake dan Mouton (1964,1978)
  • Grid Pengurusan
Dua dimensi yang berbeza berkaitan keprihatinan pemimpin (leadership concerns)

> Keprihatinan terhadap penghasilan
   - Pemimpin menunjukkan keprihatinannya terhadap tugas dan produktiviti pekerja 
     demi mencapai matlamat organisasi
> Keprihatinan terhadap manusia
   - Pemimpin memberikan perhatian dan penekanan terhadap hubungan baiknya 
     dengan pekerja dalam organisasi

TEORI SITUASI

1. Prof Emeritus Dr James E. Grunig    (1997)
    (1) membangunkan Teori Situasi (Situational Theory) berpendapat kepemimpinan 
         dipengaruhi oleh situasi yang khusus menentukan pemimpin yang sesuai bagi 
         keadaan tersebut

2. Paul Hersey    (1969)
    (I) karyanya yg berjudul Situational Leader, melahirkan sebuah gagasan kemudiannya berkembang mnjadi Personal Sitational Theory

  • Teori Situasi (Situational Theory) yang dikemukakan oleh Hersey dan Blanchard's (1977, 1992)
          > Fokus kepada tingkat kematangan orang bawahan

i.    Kematangan kerja/tugas - kemahiran dan pengetahuan teknikal yang dimiliki.
ii. Kematangan psikologi - keyakinan, kebolehan dan kesediaan menerima tugas yang diarahkan

TEORI KONTINJENSI

Teori Kontinjensi berkait rapat dengan Teori Situasi.

1. Joan Woodward    (1958)
 - Melalui Contigency Theory, tahap efektif seseorang pemimpin beroreintasikan 
   tugasannya (task oriented) dan berorientasikan hubungan dengan orang bahawan 
   yang dipimpinnya (relation oriented).

2. Fiedler    (1967)
  - Menyatakan bahawa sesuatu gaya kepemimpinan mungkin berkesan bergantung
    kepada situasi dan tertakluk kepada orientasi psikologi pemimpin
  • Saiz organisasi
  • Sumber dan cara operasi yang berbeza
  • Teknologi dan peralatan yang digunakan
TEORI KEPIMPINAN MORAL

1. Emile Durkheim  (1925)

- Mengemukakan moral dilihat secara teori
- Moral merupakan sistem intrinsik ketahanan manusia dalam hubungan dengan orang lain

2. Sergiovanni (1974)
- Mengutarakan bahawa kepimpinan moral (Moral Leadership) adalah berasaskan nilai, prinsip dan etika
    
3. Sergiovanni (1992)
- Kepimpinan Moral jauh lebih efektif dan efisien jika dibandingkan dengan kepimpinan tradisional

TEORI TRANSACTIONAL/TEORI TRANSAKSIONAL

  • Teori Transaksional (Transactional Theory) dikemukakan oleh Burn (1978), & Bass (1985)
  • Ditakrifkan bertujuan utk memotivasi orang bawahan bekerja demi mencapai sasaran organisasi&memuaskan kehendak.

Pemimpin jenis ini peka dan cakna terhadap:

1. Keinginan orang bawahan
2.Memberikan habuan/janji
3.Mendahulukan kepentingan kelompok
4.Meningkatkan dorongan&kesedaran bagi mencapai sasaran






Comments

Popular posts from this blog

Rumusan Organisasi & Kepimpinan

Gaya Kepimpinan