Gaya Kepimpinan


Nurul Farhana Binti Sabdani

D20192090928

KUMPULAN 3



    Menurut, Norani (1997:3) beliau berpendapat bahawa seseorang pemimpin pastinya mempunyai atau mengamalkan gaya kepimpinan tersendiri yang masing-masing bergantung kepada keselesaannya. Gaya kepimpinan yang berbeza akan turut menampilkan tingkah laku yang berbeza bergantung kepada orang-orang yang dipimpinnya. Pengetua atau pemimpin perlulah menjadi pemangkin kearah perubahan atau agen kepada bentuk pimpinan yang baru serta sentiasa bijak merancang organisasi dengan lebih sistematik dan cemerlang. Hal ini adalah bertujuan untuk mendorong pihak pertengahan dan bawahan iaitu staf-staf sekolah dan murid-muridnya dapat membantu merealisasikan visi, misi dan objektif sekolah bersama-sama. 


JENIS-JENIS GAYA KEPIMPINAN SEORANG GURU



1. Gaya kepimpinan Autokratik

    * Perkataan autokratik atau autokrator membawa maksud memerintah secara sendiri.

    * Ketua memiliki kuasa mutlak terutamnya dalam membuat atau menentukan keputusan.

    * Pemimpin seperti ini memiliki personaliti yang agak tegas dan disiplin dan sering menggunakan ugutan                     dalam membuat arahan.

    * Contohnya, pengetua mensasarkan target kepada guru-guru(subordinat) untuk melahirkan pelajar            yang           lulus dengan cemerlang dalam keputusan UPSR. oleh itu, guru perlu memikirkan cara terbaik         untuk                    memenuhi sasaran tersebut.


2. Gaya kepimpinan Demokratik 

    * Merujuk kepada kepimpinan yang bersifat bertimbang rasa dan sering melibatkan subordinat dalam menjalankan matlamat sesebuah organisasi.

    * Merupakan gaya kepimpinan yang paling efektif dan menyumbang kearah permuafakatan dalam bekerja.

    * Tujuannya adalah untuk memastikan pekerja dapat menjalankan kerjasama secara sihat dalam sesebuah organisasi seperti perbincangan (musyawarah) pelbagai hala.Selain itu, ia juga dapat memberi peluang kepada pekerja dalam penglibatan membuat keputusan untuk mengemukakan  idea-idea kreatif bagi membantu merealisasikan matlamat organisasi yang hendak dicapai.

    * Contohnya, pelajar dan guru perlu berinteraksi dengan melakukan atau menjalankan aktiviti soal jawab dalam bilik darjah supaya pelajar dapat belajar dengan lebih bersemangat dan guru-guru dapat mengenalpasti  pencapaian pelajar melalui aktiviti yang dapat mewujudkan percambahan minda dalam kalangan pelajar ini. 


3. Gaya kepimpinan Laissez-Faire

    * Laissez-faire merupakan perkataan yang diambil daripada bahasa Perancis dan membawa maksud "biarkan".

    * Bentuk kepimpinan yang memberikan kebebasan atau kepercayaan terhadap pekerja (subordinat).

    * Gaya kepimpinan seperti ini sesuai jika setiap pekerja memiliki kemahiran dan bermotivasi serta komited dalam menjalankan tugas.

    * Pemimpin jenis ini sangat jarang memberikan kritikan dan cadangan melainkan pekerja sendiri mengutarakannya.

    * Disini, guru perlu sentiasa memikirkan kaedah atau langkah-langah terbaik untuk memastikan pelajar dapat  memahami setiap pengajaran yang disampaikan iaitu dengan melaksanakan kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) dengan bahan bantu mengajar pada masa kini.


4. Gaya kepimpinan Kontigensi

    * Gaya kepimpinan kontegensi merujuk kepada gaya kepimpinan yang memusatkan perhatiannya terhadap hukum situasi sahaja atau dalam bahasa inggerisnya iaitu (low of the situation).

    * Menurut Presthus dan Marry Parker, penerapan gaya kepimpinan yang bervariasi dalam menghadapi pelbagai situasi akan menjadikan kepimpinan lebih efektif. Perbezaan yang disebutkan termasuklah dari segi kedudukan, masa, struktur organisasi dan tempat. 

 

     Kecemerlangan pendidikan di sekolah adalah faktor daripada sikap atau cara pemimpin itu menjalankan organisasinya dengan betul dan cemerlang dan inilah yang dikatakan sebagai pemangkin kearah kejayaan seseorang pelajar dalam pencapaian serta sekolah dalam memastikan susun atur sekolah dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan serta dapat mencapai objektif yang telah ditetapkan. Oleh itu, Keempat-empat gaya kepimpinan ini masing-masing memiliki kelemahan dan kelebihan tersediri. Hal ini dikatakan demikian kerana, terdapat pemimpin yang bersifat lepas tangan sehingga menyebabkan pekerja mula berasa selesa dan tidak dapat menjalankan tangunggjawab atau tugas yg dberikan dengan sebaik-baiknnya akibat daripada sikap pemimpin yang terlalu memanjakan pekerjanya. Namun begitu, terdapat juga bentuk pimpinan yang mana ia banyak memberi kebaikan kepada pekerja terutamanya dalam meningkatkan kemahiran atau pengetahuan pekerja seperti gaya kepimpinan demokratik. Oleh itu, setiap pemimpin perlulah bijak memimpin dengan melihat golongan yang dipimpinnya supaya matlamat dan strategi dapat dilaksanakan dengan seimbang dan berkesan. 



Comments

Popular posts from this blog

Teori-Teori Kepimpinan

Rumusan Organisasi & Kepimpinan