Latar Belakang Sekolah


NOR AMIRAH SHAZWANA BINTI SUBRI

D20191088159

KUMPULAN 3

__________________________________________________________


Latar Belakang SK Taman Selasih

    Latar belakang projek ini memfokuskan terhadap Sekolah Kebangsaan Taman Selasih yang telah didirikan pada tahun 1988 oleh KPM. Sekolah ini didirikan dengan dua blok bangunan setinggi tiga tingkat. Satu blok A dan satu blok B. Di blok A ada lapan bilik darjah, bilik guru, surau, stor, bilik komputer, rawatan dan bilik kaunseling, bilik muzik serta dua bilik segar guru lelaki dan perempuan, dua tandas murid perempuan dan lelaki. Di blok B ada lapan bilik darjah, bilik PSS, bilik tayang, bilik lukisan, bilik segar lelaki dan bilik kemahiran hidup. Di blok D ada empat bilik darjah bangunan pasang siap. Bangunan ini dibina dan disiapkan untuk beroperasi pada tahun 1993. Selain daripada kemudahan bangunan, sekolah ini juga menyediakan padang permainan, gelanggang bola tampar dan gelanggang serbaguna bagi kemudahan sukan dan permainan.


    Sekolah Kebangsaan Taman Selasih kini merupakan sebuah sekolah yang mempunyai kelengkapan makmal Sains, Taman Hidroponik, bilik Teknopen, bilik SAC, bilik Pra Sekolah, bilik ABM dan stor sukan.Sekolah ini dibuka untuk sidang akademik yang pertama pada 1 Disember 1990. Jabatan Pendidikan Negeri Selangor telah melantik seorang Guru Besar ke sekolah ini pada 2 November 1990 iaitu Encik Ismail bin Hj. Sali. Murid-murid yang datang ke sekolah ini kebanyakkanya murid dari Sekolah Kebangsaan Seri Gombak yang jaraknya 2 km. Murid tersebut datangnya dari taman dan kampung setinggan yang berhampiran Taman Selasih Fasa 2 dan Kampung Gombak Jaya. Pada mulanya, hanya 29 kelas sahaja dibuka. Pada awal penubuhan Sekolah Kebangsaan Taman Selasih seramai 46 orang guru dan 1224 orang murid (mengikut maklumat pendidikan 30 Jun 1991). Pecahan kelas pada tahun 1990-1991: Darjah 1 - 11 kelas, Darjah 2 - 5 kelas, Darjah 3 - 4 kelas, Darjah 4 - 4, kelasDarjah 5 - 3 kelas, dan Darjah 6 - 2 kelas.

    Kini, Sekolah Kebangsaan Taman Selasih dalam meniti usianya dapat berbangga kerana duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan sekolah-sekolah lain sama ada dalam bidang akademik dan kokurikulum khususnya di Daerah Gombak. Sekolah terus maju dan bangga dengan keputusan yang memberangsangkan dari masa ke semasa. Dari data tahun 2018 bilangan murid sekolah ini 1230 orang, prasekolah 100 orang dengan bilangan guru 83 orang staf sokongan 8 orang, dalam persekolahan satu sesi sahaja. Banyak kejayaan telah di tempah antaranya, Bola Baling sekurang-kurang 2 orang murid telah mewakili daerah, Memanah seorang murid mewakili daerah, dikir barat bahasa arab mewakili daerah dan tulisan khat jawi memperoleh Johan di peringkat Kebangsaan.


Logo/Lencana Sekolah 



1. Warna Merah
 Melambangkan ketabahan, kecekalan serta semangat juang yang tinggi setiap warga sekolah  

2. Warna Kuning
 Melambangkan setiap warga Sekolah Kebangsaan Taman Selasih berpegang teguh kepada undang-undang negara dan peraturan sekolah

3.Warna Putih
 Melambangkan setiap warga SKTS mengamalkan nilai-nilai murni serta ikhlas, efisien dan amanah dalam menunaikan janji dan kewajipan

4.Warna Biru
 Warna biru melambangkan semangat perpaduan

5.Warna Hijau
 Warna hijau melambangkan alam kehidupan dan penghayatan Islam

6.Buku
 Menunjukkan SKTS sebagai Persada Ilmu di mana warganya berdisiplin, berwawasan, dan berprestasi serta berketerampilan menceburi bidang sains dan teknologi (IT)

7.Pokok Padi
 Melambangkan kemakmuran pentadbiran dalam mentadbir sekolah. Sekolah ini dilengkapi dengan pelbagai bilik khas serta peralatan yang canggih dan dapat berdaya saing serta bertaraf World Class School

8.Bendera Selangor
 Menunjukkan harapan dan cita-cita SKTS menjadi sekolah terbaik dan cemerlang di Negeri Selangor dan juga negara.

9.Tangan Terbuka
 Kesediaan menolong orang lain yang lemah sesama individu yang memerlukan bantuan dan pertolongan, yang menunjukkan adanya sikap tolong menolong sesama manusia.

10. Bintang
 Melambangkan agama Islam dan agama negeri Selangor.

11. Tulisan Jawi
 Melambangkan moto SKTS iaitu “Hidup Berilmu dan Berbuat Amal”


Gambar SK Taman Selasih 



Comments

Popular posts from this blog

Teori-Teori Kepimpinan

Rumusan Organisasi & Kepimpinan

Gaya Kepimpinan