Pengenalan Organisasi Dan Kepimpinan


JANEYWIELEN MAJUNGGING
D20192091262
Kumpulan 3

Pengenalan

Secara umumya, kepimpinan merupakan satu tanggungjawab pada diri seorang ketua dalam mengurus sesebuah organisasi atau jabatan. Kepimpinan dapat dilihat dalam keluarga atau pun dalam bidang kerjaya, yang mana seorang ketua organisasi akan mengendali dan mengurus pekerja mereka. Kepimpinan juga berlaku apabila seseorang itu mendorong menggalakkan dan mempengaruhi orang lain untuk berusaha kearah mencapai suatu objektif atau matlamat. Organisasi pula, organisasi ditakrifkan kesatuan (susunan dan sebagainya) yang terdiri daripada bahagian-bahagian, orang dan lain-lain dalam sesuatu pertubuhan, perkumpulan, perbadanan, untuk tujuan-tujuan tertentu seperti kepentingan bersama dan sebagainya. Organisasi yang baik mempunyai orientasi misi dan visi. Oleh itu, sekolah yang berkesan dipimpin oleh pengetua yang cemerlang dan organisasi yang sistematik.

Ringkasnya, kepimpinan dan organisasi sangat penting dalam mana-mana sistem pentadbiran khususnya dalam sistem pentadbiran sekolah. Perkara ini membantu dalam kelancaran tugasan kaki tangan sekolah dalam memastikan Hasrat Pendidikan Malaysia tercapai.


 Carta organisasi


Tugas Guru Besar

  • Bertanggungjawab dalam peningkatan Kurikulum dan Kokurikulum serta memastikan pelaksanaanya selaras dengan dasar Kementerian Pelajaran.
  • Bertanggungjawab dalam hal pengurusan, pentadbiran dan kewangan sekolah.
  • Mewujudkan hubungan dua hala dengan komuniti dan agensi-agensi luar.


Tugas Guru Penolong Kanan Pentadbiran

  • Menjalankan tugas Guru Besar semasa ketiadaannya.
  • Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Guru Besar.
  • Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam hal kurikulum, pentadbiran, hubungan masyarakat dan keselamatan.


Tugas Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

  • Menjalankan segala tugas dan tanggungjawab pentadbiran sekolah jika ketiadaan Guru Besar dan GPK Pentadbiran.
  • Mengajar sebilangan waktu bagi mata pelajaran yang tertentu atau bidang pengkhususan mengikut arahan Guru besar dari semasa ke semasa.
  • Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam soal-soal kurikulum, ko-kurikulum, disiplin, bimbingan dan kaunseling. Guru besar Guru Penolong Kanan Pentadbiran Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Guru Penolong Kanan Kokurikulum guru-guru dan kakitangan sekolah 


Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum

  • Menjalankan tugas-tugas Guru Besar semasa ketiadaan Guru Besar/PK Pentadbiran dan PK HEM.
  • Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam aspek pengurusan kokurikulum.
  • Menyelia dan menilai aktiviti Kokurikulum sekolah.
  • Membantu Guru Besar di dalam semua aspek perancangan dan pengurusan kokurikulum sekolah.


Tugas Guru-guru dan Kakitangan Sekolah

1. Tugas Guru Kelas

  • Buku daftar kedatangan murid 
  • Pengurusan wang rampai / yuran khas
  • Perkara-perkara akademik      
  • Bantuan kewangan dan biasiswa


2. Tugas Guru Biasa

  • Mengajar
  • Membuat perancangan PdP
  • Melaksanakan pelbagai tugas khas
  • Menjaga disiplin, keselamatan dan kebajikan murid 
  • Mentadbir dan menguruskan bilik darjah


3. Tugas Ketua Panitia Mata Pelajaran

  • Menetukan penggunaan Sukatan Pelajaran yang kemaskini.
  • Menentukan penggunaan alat bantu mengajar dan kaedah-kaedah pengajaran/pembelajaran yang kemaskini
  • Bertanggungjawab menyediakan rancangan pelajaran mingguan, bulanan dan penggal

  • Menyalaras penyediaan soalan-soalan peperiksaan dalaman dan peperiksaan kertas-kertas jawapan
  • Menganalisa keputusan peperiksaan bagi mata pelajaran berkenaan dan mengkaji serta mencari jalan untuk memajukan taraf pencapaian dari masa ke semasa.

Comments

Popular posts from this blog

Teori-Teori Kepimpinan

Rumusan Organisasi & Kepimpinan

Gaya Kepimpinan