Rumusan Organisasi & Kepimpinan


 Afirah Binti Toisin 

D20192091811

Kumpulan 3

_________________________________________________


RUMUSAN


-          Organisasi dan kepimpinan saling berkait rapat di antara satu sama lain

-          Pentingnya kerjasama di antara pemimpin dan ahli organisasi

-          Kepimpinan dan organisasi sangat penting dalam mencapai visi dan misi sesebuah sekolah

-        Pemimpin haruslah mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang tinggi agar dapat memimpin sesebuah organisasi dengan baik

-          Kemahiran kepimpinan perlu diterapkan ke dalam diri setiap individu sejak kecil

      Kesimpulannya, kepimpinan dan organisasi sangat penting terhadap sesebuah sekolah. Hal ini kerana, kepimpinan merupakan satu proses mempengaruhi di mana pemimpin ataupun kumpulan pemimpin mempengaruhi para pengikut untuk mengambil tindakan yang menjurus kepada pengukuhan matlamat pemimpin dan matlamat bersama (Sergiovanni 1989). Manakala, organisasi pula ialah satu unit sosial mengandungi manusia yang bekerjasama dan saling bergantung antara satu sama lain bagi mencapai setiap matlamat manusia itu serta organisasinya. Oleh itu, melalui konsep kepimpinan dan organisasi ini, dapat disimpulkan bahawa kedua-duanya saling berkait rapat antara satu sama lain. Justeru, jika sesebuah sekolah tersebut tidak mempunyai kepimpinan yang baik, maka suda tentu organisasi sesebuah sekolah tersebut juga turut gagal berfungsi dengan baik. Perkara ini juga mengakibatkan pelbagai masalah yang timbul. Contohnya, visi dan misi sesebuah sekolah tersebut akan gagal dicapai menyebabkan banyak pihak yang terkesan termasuklah guru-guru dan para pelajar itu sendiri.

       Oleh hal yang demikian, semua pihak yang terlibat juga haruslah menitikberatkan tentang soal kepimpinan dan organisasi agar sesebuah sekolah tersebut dapat melahirkan insan yang cemerlang dalam semua bidang dan seterusnya menyumbang kepada kemajuan sistem pendidikan negara.









Comments

Popular posts from this blog

Teori-Teori Kepimpinan

Gaya Kepimpinan