Peranan & Fungsi Pemimpin

 NURUL SYAZWANA BT MAT KASSIM 

D20191088155 

KUMPULAN 3

_________________________________________________________


💂   Pengurusan sekolah yang baik mempengaruhi kepimpinan yang berkesan dan merupakan satu alternatif terbaik yang boleh diambil.

💂  Ciri-ciri pengurusan sekolah yang berjaya adalah seperti mempunyai kepimpinan pengetua yang dinamik dan berkesan, pengurusan kurikulum yang tersusun, pemantauan ataupun penyeliaan yang baik dan lain-lain lagi

💂  Pemimpin yang baik akan memainkan peranan dan fungsi seperti berikut dalam membawa kecemerlangan kepada sesebuah organisasi. 

💂 Peranan dan fungsi pemimpin dalam organisasi di sekolah adalah:

   1. Pemimpin menggembleng sumber termasuk sumber manusia kearah hala tuju organisasi

  • Pemimpin hendaklah berupaya memandang ke hadapan dan menetapkan wawasan, hala tuju dan strategi jangka pendek dan jangka panjang organisasi setelah mengambil kira berbagai faktor dalaman dan luaran termasuk kelemahan dan kekuatan organisasi bagi membawa organisasi ke tahap yang lebih tinggi dari segi kecekapan dan keberkesanan serta memenuhi matlamat dan objektif. 


   2. Pemimpin memupuk motivasi pekerja

    • Pengurus perlu mengawal tingkah laku pekerja tetapi pemimpin akan menjadi inspirasi terhadap usaha mempertingkatkan motivasi, moral dan komitmen pekerja dengan melaksanakan pengurusan sumber manusia yang memberi peluang meningkatkan kemahiran serta pembangunan kerjaya di samping menerapkan budaya organisasi yang antaranya berasaskan nilai, etika, pengiktirafan dan kebajikan

  3. Pemimpin membangunkan keupayaan strategik organisasi

  • Pemimpin adalah merupakan faktor yang akan membangunkan keupayaan dan menggubal strategi-strategi yang akan mengintegrasikan program-program dan aktiviti-aktiviti ini supaya bergerak seiringan dan harmoni dalam menuju kepada matlamat dan sasaran organisasi.

 

  4. Pemimpin merealisasikan perubahan

  • Organisasi beroperasi dalam persekitaran dinamik yang sentiasa berubah. Pemimpin adalah merupakan faktor terpenting dalam aspek ini yang membuat keputusan strategik bagi merealisasikan perubahan supaya faktor-faktor dalam organisasi seperti struktur, strategi, sumber manusia, kemahiran, sistem dan nilai organisasi yang dikongsi bersama akan diselarikan bagi menghadapi cabaran berkenaan dan merebut peluang. 
💂 Pengetua adalah orang paling penting di sekolah dan dialah yang bertanggungjawab terhadap semua kegiatan. Sebagai pemimpin yang penting dalam sesebuah organisasi seperti sekolahpengetua harus menggerakkan sekolah, terutamanya dari sudut pengajaran dan pembelajaran, tingkat profesionalisme dan semangat serta rasa tanggungjawab guru terhadap pelajar. 


 




Comments

Popular posts from this blog

Teori-Teori Kepimpinan

Rumusan Organisasi & Kepimpinan

Gaya Kepimpinan